Islamophobia: Perkuburan Perwira Islam Peranchis DiCemar
148 kubur pejuang Islam yang berjuang mempertahankan Peranchis semasa Perang Dunia Pertama telah dicemar oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab di Peranchis. Perbuatan yang menghina Islam dan berbau perkauman ini tidak disenangi oleh Presiden Nicolas Sarkozy.
Ada diantara kubur tersebut telah digantung dengan kepala babi dan ada juga yang diconteng dengan lambang Nazi. Kawasan perkuburan itu dikhaskan untuk orang Islam mudah dikenali kerana susunan mayat-mayatnya menghadap ke arah Kiblat di Mekah. Ini menunjukkan kebencian mereka yang mendalam terhadap Islam. Amat memalukan untuk sebuah negara yang maju seperti Peranchis. Rujuk www.islamonline.net .
