PROGRAM KORBAN DAN AQIQAH DI MYANMAR
PROGRAM AQIQAH, NAZAR & KORBAN DI MYANMAR
Sebagai makluman semua, kambing-kambing yang ditawarkan adalah kambing-kambing yang diternak oleh
masyarakat pondok atas modal yang disalurkan oleh pihak KOHALAL.
Bilangan semasa kambing di Myanmar : 500 ekor
TUJUAN PROGRAM INI :
-
Membantu meringankan beban saudara seIslam di negeri Arakan, Mynmar.
-
Membantu Umat Islam Myanmar yang miskin yang hanya menikmati juadah istimewa semasa Aidiladha sahaja.
Untuk pengetahuan semua, masyarakat di sana ramai yang miskin dan kebanyakannya hanya dapat menikmati masakan daging setahun sekali sahaja ( biasanya semasa Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha ). Keadaan di sana sama seperti keadaan kita di Malaysia sekitar tahun 50an,60an dan 70an.

Imej dari : http://theislamawareness.blogspot.com/
YURAN PENYERTAAN YANG CUKUP MURAH
Hanya RM 300 sahaja seekor kambing
(termasuk kos jamuan dan kos pihak pengurusan)
Jika berminat sila emelkan terus maklumat dibawah kepada ekohalal@yahoo.com :
1) Nama penuh
2) No. k/p
3) Alamat surat-menyurat
3) No. telefon
4) Nama & bilangan peserta (anak/tanggungan) - sekiranya menyertai program aqiqah-
5) Jumlah bayaran
Program ini diselaras dan diselia oleh :
En. Junus bin Mahamood,
Pengurus,KOHALAL, No. 10, Jalan Medan Gopeng 3, Medan Gopeng, Ipoh.
Tel: 05-31 31 310 h/p: 019 -558 95 82 ( Junus )
No akaun bank RHB Islamic : 2580 9300 0029 39 ( Nussa Ent )
Sila fax kan slip bank dan maklumat penghantar ke 05-311 2249
( setelah bayaran dilakukan )
Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi :
En. Junus bin Mahamood 019-558 9582
Cik Nurhidayah Binti Zamberi 019-268 9458
@
email maklumat anda ke ekohalal@yahoo.com
Ibadat Korban
Ibadat korban merupakan satu ibadat yang sangat digalakkan dalam islam, terutamanya bagi mereka yang mempunyai kemampuan dari segi kewangan. Ibadat korban telah disyariatkan oleh Allah Pada tahun kedua Hijrah.
Firman Allah S.W.T:
"sesungguhnya kami(ALLAH) telah memberi engkau (wahai Muhamad) kebaikan yang banyak, maka sembahyanglah* engkau kerana Tuhanmu Dan sembelihlah (korbanmu)
(Surah Al-Kautsar Ayat 1-2)
* Sembahyang yang dimaksudkan di dalam ayat diatas ialah sembahyang sunat hari raya korban (AidilAdha)
Hukum Korban
Hukumnya Sunat Muakkad (dituntut). Adapun bagi mereka yang bernazar, hukumnya wajib. Bagi mereka yang berkemampuan Makruh meninggalkanamalan ini.
Wajib hukumnya kepada Rasulullah berdasarkan hadis: "Diwajibkan keatasku melaksanakan ibadat korban namun ia merupakan amalan sunat bagi kamu".(Riwayat Imam Tarmizi).
Maksud Korban:-
Menyembelih binatang ternakan yang terdiri daripada unta, lembu, kambing, dan kibas yang sampai umur* pada hari raya korban(Aidiladha) iaitu pada 10 Zulhijjah selepas sembanhyang
sehingga tergelincir matahari hari terakhir tasyrik iaitu 13 Zulhijjah dengan tujuan mendekatkan diri dengan Allah.
*Umur binatang yang boleh dikorbankan:-
Unta 5 tahun keatas - 7 bahagian
Lembu, kerbau 2 tahun keatas - 7 bahagian
Kambing 2 tahun keatas - 1 bahagian
Bebiri, kibas 1.5 tahun keatas - 1 bahagian
*Ditegah berkorban dengan binatang yang cacat, berpenyakit, patah anggotanya dan terlalu kurus.
Sunat-sunat ketika menyembelih binatang korban:-
1. Membaca basmilah
2. Selawat keatas Nabi
3. Mengadap Kiblat
4. Bertakbir
5. Berdoa supaya diterima ibadah korban.
Nota:
a) Daging korban yang diniat nazar oleh orang yang bernazar, hendaklah disedekahkan semuanya.
b) 1/3 daripada daging korban sunat boleh dimakan oleh mereka yang berkorban dan selebihnya sedekahkan kepada orang kaya mengikut mazhab Syafie.
Mereka yang melakukan ibadat korban disunatkan menyaksikan penyembelihan binatang korban tersebut seperti mana sabda Rasulullah s.a.w.
"Wahai Fatimah!!, berdirilah disisi korbanmu dan saksikanlah, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu dosa-dosa yang telah lalu". (Riwayat Bazzar dan Ibnu Hibban).
c) Menyaksikan sendiri perlaksanaan korban tidak termasuk dalam syarat-syarat ibadat korban.
d) Imam Khatib Syarbini di dalam kitabnya Mughni Al-Muhtaj menyatakan, disunatkan bagi mereka yang melaksanakan korban
dan menyembelih sendiri binatang korban tersebut,sekiranya tidak mampu disunatkan bagi mereka untuk menyaksikan penyembelihan tersebut.
AQIQAH
Takrif Aqiqah
Al-Aqiqah dari sudut bahasa berasal dari perkataan al-aqqu yang bermaksud potong.Asalnya ia digunakan dengan makna rambut
yang berada diatas kepala bayi sewaktu dilahirkan. Dinamakan demikian kerana ia perlu dicukur dan dipotong.
Maksud Aqiqah
menyembelih kambing atau binatang ternakan seperti biri-biri, kibas untuk anak yang baru lahir khususnya pada hari yang ketujuh
kelahirannya atau selewat-lewatnya sebelum baligh.
Hukumnya aqiqah ialah sunat muakkad.iaitu ibadat yang sangat-sangat dituntut kepada wali yang menjaga bayi tersebut.
Dalil aqiqah
Hadis Rasulullah s.a.w:
Dari Samirah, katanya Rasululla s.a.w. telah bersabda: Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuhnya, diberi nama dan dicukur kepalanya.(HR Ashabus Sunan).
Waktu Aqiqah
Bermula waktu diharuskan menyembelih aqiqah dengan keluarnya semua tubuh bayi dari dalam rahim ibunya.Kalau ia disembelih sebelum sempurna keluarnya bayi maka ia tidak dianggap aqiqah, ia dianggap
daging biasa dan tidak mendapat sunat aqiqah.
Waktu sunatnya berterusan sehingga balighnya bayi itu. Setelah baligh,bapanya tidak lagi dituntut untuk melakukannya untuk dirinya sendiri sebagai memenuhi perkara yang telah tertinggal.
Namun sunat yang dituntut ialah melakukan aqiqah pada hari ke-7 daripada kelahiran bayi.Dalilnya hadis Abu Daud (1522) dan selainnya daripada Samrah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda, "Bayi itu ditebus(tergantung)
oleh aqiqahnya,disembelihkan ia pada hari ketujuh, dan pada hari itu diberikan nama serta dicukur rambutnya".
Hikmah disyariatkan Aqiqah
a) Melambangkan kegembiraan dengan nikmat Allah s.w.t yang menyenangkan kelahiran dan mengurniakan anak kepada kedua ibubapa.
maka sepatutnya dibuktikan kesyukuran kepada pengurniaan dan pemberian nikmat.
Firman Allah
"Dan jika kamu bersyukur,nescaya ia meredhai bagimu kesyukuran itu".(As-Zumar:7).
"Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambah untuk kamu"(Ibrahim:7)
"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia (Al-Kahfi:46)
b) Memudahkan pengisytiharan berita melahirkan anak dan menyebarkannya kerana berita ini perlu diistihar dan disebarkan
agar jangan lahir cerita yang tidak diingini,aqiqah adalah jalan terbaik untuk itu.
c) Menyuburkan sifat pemurah dan baik hati dikalangan manusia dan melanggar hasutan nafsu yang mengajak kepada sifat bakhil.
Syarat-syarat Aqiqah
a) Dari sudut umur binatang Aqiqah & korban yang sama sahaja.
b) Sembelihan aqiqah dipotong mengikut dengan tidak memecahkan tulang sesuai dengan tujuan aqiqah itu sebagai "Fida" (mempertalikan ikatan diri anak dengan Allah swt)
c) Sunat dimasak dan diagihkan atau dijamu fakir dan miskin, ahli keluarga, jiran tetangga dan saudara mara. Berbeza dengan daging korban, sunat diagihkan daging yang belum dimasak.
d) Anak lelaki disunatkan aqiqah dengan dua ekor kambing dan seekor untuk anak perempuan kerana mengikut sunnah Rasulullah.
'Aisyah Radhiallahu'anha katanya:
Maksudnya: "Afdhal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing.Dipotong anggota-anggota(binatang)dan jangan dipecah-pecah tulangnya."
(Hadis riwayat al-Hakim)
Perbezaan antara aqiqah dengan korban.
1. Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan korban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahayang dan khutbah Hari Raya ’Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah.
2. Daging aqiqah boleh di beri milik kepada orang kaya menakala daging korban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.
3. Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, menakala korban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s.
4. Daging korban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging aqiqah sunat disedekahkan setelah di masak.
5. Daging aqiqah sunat dimasak dengan manis-manis, dengan doa harapan agar agar akhlak dan kelakuan anak itu kelak menjadi manis dipandang orang.
6. Tulang-tulang haiwan aqiqah sunat dipotong pada sendi-sendinya menakala tulang-tulang haiwan korban tidak sedemikian.
7. Tuntutan melakukan aqiqah hanyalah sekali sahaja sepanjang hayat, menakala tuntutan melakukan korban ialah setiap tahun Hijrah.
Pensyariatan Korban dan Aqiqah
DALIL PENSYARIATAN
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :
Maksudnya : "Maka kerjkanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur".
Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 :
Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".
Sabda Rasulullah S.A.W.:
Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)
FADHILAT IBADAH QURBAN
Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban ini amat besar antaranya:
Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:
Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.
Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani)
Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:
Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)
Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:
Maksudnya: "Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".
Ini adalah di antara kambing yang dipelihara di Myanmar
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya,
disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama"
Maksud firman Allah S.W.T :
"Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan berkorbanlah"
Marilah sama-sama kita BERAMAL sambil BERBAKTI kepada sesama saudara Islam di Myanmar
Sekian, terima kasih...



